Sunday, July 4, 2010

JALAN SENANG - EPISOD EKSKLUSIF di TV1

JALAN SENANG - MEMANG BANGSA MELAYU KITA SUKA AMBIL JALAN SENANG - SUKA AMBIL JALAN MUDAH .......... SUKA KEPADA YANG MUDAH SAHAJA.
SANGGUP BUAT APA SAJA ASALKAN DAPAT JALAN MUDAH.

Itulah pendedahan yg cukup memberi gambaran betapa rendahnya martabat kedudukan masyarakat Melayu kita. Dan itulah reality ...... ITU JUGALAH HAKIKATNYA.

Itulah realiti kehidupan masyarakat Melayu kita sejak dari dulu2 lagi. Sama ada songsang atau pincang ...... sama2lah kita fikir2kan ......... Pendek kata dalam kehidupan masyarakat Melayu ...... dari dulu2 lagi sampai ke la la ni ........... banyak yang songsang ....... pincang ...... bermacam2 cacat cela ...... keji tak keji semua ada ........ semua cukup .......... macam2 ada dalam kancah kehidupan masyarakat Melayu ni. Jangan berselindung lagi (no cover-up please).

Tengoklah apa yang sentiasa berlaku di sempadan Siam (Thailand) ....... baik di Golok ....... maupun di Padang Besar, atau juga di HatYai ...... begitu juga di Danok atau juga di sempadan di bahagian2 Selatan Siam .......... betapa punya kuat tarikan yang dapat menarik begitu punya ramai Melayu2 Malaysia yang kebanyakannya Islam lagi. Itu semua berpunca dari faktor ' hiburan' .... dan itu lah tarikan ....... 'the magnetic pull' yang boleh menarik betapa punya ramai rakyat Malaysia yang Melayu lagi Islam ini menuju menerpa keluar sempadan semata2 inginkan 'hiburan' ...... supaya dapat berhibur untuk memuaskan hawa nafsu masing2.

Kalau dalam bentuk lain pun seperti ubat-ubatan, bomoh dan pawang pun pihak dari Siam juga dapat menarik perhatian kaum2 kita di Malaysia terutama dari kalangan orang2 Melayu dalam selok belok jampi serakah, ilmu hitam, sihir untuk mengena orang (membalas dendam dan sebagainya) dan bermacam2 jenis amalan perubatan tradisional yang membawa kepada fahaman syirik di sisi Islam. Pun Melayu2 kita tetap akan berkiblatkan kearah sana......... dalam apa bidang sekalipun ........ semuanya boleh dapat di Thailand (macam 'one-stop-centre') ........ disana pun 'MACAM2 ADAAA'.

Sememangnya bangsa Melayu kita cukup mudah terpengaruh dalam apa saja.

Melayu ....... pantang ada sesuatu yang memberi kesenangan mudah dan cepat ..... seperti juga ......pelaburan 'skim cepat kaya' yang begitu mudah dan cepat .......... imbas kembali tengok betapa punya ramai Melayu2 yang terbodoh yang dah jadi mangsa pelaburan 'skim cepat kaya' seperti 'skim labu peram' dan yang paling hangat (hot sekali) ialah ....... pelaburan 'skim cepat kaya' 'PakMan Telo' .......... itu semua orang tahu.

Apa yang membuat masyarakat Melayu kita sehingga jadi begitu?

Tarikannya adalah faktor 'HIBURAN' ...... iaitu masyarakat Melayu kita memang tertarik dan gemarkan unsur2 'hiburan' ....... tak kira apa jenis rupa bentuk hiburan. Tambah2 lagi bila 'hiburan percuma'.

Sebut sahaja ada hiburan ..... kita boleh tengok betapa berpusu2nya puak2 yang dikatakan Melayu ni akan menerpa hujan atau panas - ribut atau taufan (rain or shine ......... come what may) ......... namun manusia Melayu tetap akan meredah apa saja semata2 untuk memuaskan nafsu mereka untuk berhibur.

Memang manusia Melayu ni mudah terpedaya ...... mudah diperdaya dengan umpan yang berupa ada unsur2 'hiburan' ...... tak kiralah sama ada dikenakan bayaran (yang selalunya murah yang lebih menarik....... apa pulak lagi jika ianya secara percuma.

Contoh yang paling ketara dapat kita lihat bila ada program2 yang di anjurkan oleh pihak2 stesen tv kita seperti 'Jom Heboh' ..... 'Sua Rasa' dan bermacam2 lagi yang sejenis seperti itu. Dan sudah tentu kita dapat lihat betapa punya meriahnya sambutan yang diberi oleh kaum2 Melayu kita ....... yang muda2 sudah semestinya lah ..... Yang tua2 bangka pun turut sama berpusu2 ..... termasuklah yang bertaraf 'makcik'2 dengan bertudung dengan menunjukkan keghairahan mereka didepan kamera ..... apa lagi apabila dipanggil untuk tampil kedepan oleh sesetengah pengacara tv atau pun artis2 selebriti yang menjadi idaman penonton2 dari kalangan makcik2 Melayu yang sepatutnya tidak begitu 'over-excited' yang terlampau2 hingga memberi gambaran yang masyarakat Melayu kita rupanya begitukah keadaannya. Nampak sangat gambaran sebegitu menunjukkan yang kaum2 Melayu kita kebanyakkannya lebih suka untuk menunjuk2 ....... ghairah menonjol2kan diri masing2 untuk mendapat perhatian dari kalangan masyarakat sejagat. Begitu juga lah apa yang terdapat dari kalangan mereka2 (masyarakat Melayu) yang bertujuan untuk menjadi artis ...... penyanyi, pelakun, selebriti, pengacara tv ..... baik apa saja berkaitan dengan menayangkan muka ..... menonjolkan diri melalui peti tv.

Kalau muka masing2 seperti makcik2 tua kampung tu pun tidaklah secantik mana pun macam artis2 muda.... tak juga semolek artis2 muda ....... apa pula lagi bagi mereka2 yang dari kalangan artis2 muda yang mengejar 'glamor' dan popularity ...... maka bertambah2 lagilah melonjak2nya niat dan tujuan mereka untuk berlagak lebih dari makcik2 kampung yang hanya sekadar penonton di celah2 program yang membawa mereka kedepan kamera ...... dimana disitulah peluang keemasan mereka untuk menayang dan menonjolkan diri untuk dipertontonkan oleh kalangan kaum keluarga dan sahabat handai, rakan dan jiran sekampung mereka ........ dan itulah mentaliti Melayu2 kita ...... dalam apa saja semuanya ingin dan ghairah untuk menunjuk2 akan penampilan diri mereka ....... macam juga tingkahlaku artis2 Melayu kita ...... semuanya sama saja. Bayangkan juga mentaliti makcik2 kampung yang berkampung di himpunan seperti 'Jom Heboh' dan 'Sua Rasa' dan sebagainya ........ masing2 semunya ingin dipertontonkan ...... kalau muka masing2 manis dan cun melecun kira okey sangat lah ..... tapi bayangkan muka2 makcik2 kampung yang dah senja tu dengan berkelakuan seperti makcik2 yang kaki melatah dikampung ...... terhegeh2 didepan kamera tv untuk siaran bagi sekalian masyarakat penonton tv menontonnya ...... alangkah gelihati dengan perasaan geli-geleman lagi bila ter'happen to watch that kind of scene'. Kadang2 pihak stesen tv sendiri (termasuk kakitangan pengacara dan hos nya) juga sengaja memperbodoh2kan dan mempertonjolkan kelemahan penonton2 yang datang dari puak2 yang rendah 'kedudukan tahap pemikiran' dan mentaliti. Ini memang memalukan kaum kita sendiri....... hanya kerana semata2 untuk memberi hiburan kepada semua kalangan penonton....... sanggup memperbodoh2kan orang lain....... Macam tu jugalah jika keadaan dikampung2 ...... dimana selalu terdapat puak2 yang suka mengambil kesempatan untuk mengusik makcik kampung yang 'kaki melatah' yang berlarutan dgn 'carut mencarut' ..... maki memaki hamun sehingga kadang2 boleh membuat diri makcik2 kampung yg 'kaki melatah' ni hingga melondehkan kain mereka sehingga bertelanjang bulat ..... untuk ditertawakan sesiapa yang melihat dan memerhati akan tingkah laku makcik2 kampung yang berpenyakit 'latah-melatah' ini. Kita tahu dimana tahap mentaliti makcik2 kampung seperti itu. Ini juga dianggap sebagai 'hiburan' buat mereka2 yang suka mencetuskan usik mengusik agar dapat menggamatkan suasana untuk berseronok suka dengan mentertawakan orang. Begitu jugalah keadaannya di pihak mereka2 yang mengendalikan rancangan2 siaran langsung di tv dalam siaran2 seperti yang tersebut tu. Nampak sangat Melayu2 seperti itu mudah diperbodohkan begitu sahaja. Kononnya bagi pihak pengacara selebriti tv kononnya 'be sporting la' ..... 'be gentlement' la ...... padahal itu adalah sengaja 'memperbodohkan' kaum sendiri. Memang amat memalukan bangsa.

DENGAN CARA SEBEGITU ...... SECARA TAK LANGSUNG (INDIRECTLY) IANYA SEOLAH2 MENJATUHKAN AYAQ MUKA ORANG2 KITA (MELAYU) SENDIRI ....... MENJATUHKAN MARUAH DAN MERTABAT BANGSA MELAYU KITA SENDIRI ......... DROP OUR OWN PEOPLE'S WATER-FACE'. MEMALUKAN BANGSA SENDIRI.

TENGOK SENDIRI DENGAN BIJI MATA SENDIRI LAH ...... BETAPA MUDAHNYA MELAYU SANGGUP DIPERMAIN2KAN ...... DIPERBODOH2KAN SEMATA KERANA INGINKAN MUKA2 MEREKA TERPAMPANG DIKATA TV UNTUK BAGI SMUA ORANG TENGOK ...... MEREKA BERASA MEGAH DAN BANGGA BILA MUKA2 MEREKA KELUAR MELALUI SKRIN TV ...... MEREKA DAH RASA (PERASAN LEBIH) SEOLAH2 MEREKA2 TU DAH JADI MACAM ARTIS2 POPULAR TANAHAIR. APA PUN MEREKA SANGGUP BUAT APA SAJA. ITULAH SIKAP MELAYU2 KITA.

Melayu muda di umpan ....... Melayu mudah digula-gulakan ........ serupa macam semut .......
mati semut kerana gula .......... tapi ini ........ Melayu sanggup mati kerana hiburan.

No comments:

Post a Comment